Friday, May 15, 2009

Perkhidmatan Yang Saya Sediakan

Saya inginkan sebuah kedai online yang hanya menjual produk-produk yang diperlukan oleh pembeli sahaja. Tetapi sudah pasti saya tak akan tahu apa yang pembeli saya mahukan. Oleh itu saya rasa lebih adil jika anda sebagai pembeli menentukan produk yang anda perlukan.

Sebenarnya ia lebih kepada perkidmatan membeli dan menghantar produk yang anda perlukan. Oleh itu, tiada keuntungan yang saya ambil atas produk cuma caj perkhidmatan membeli sahaja. Yang anda perlu bayar ;
1) Harga produk
2) Kos Penghantaran
3) Caj perkhidmatan untuk membeli dan menghantar

Perkhidmatan ini amat sesuai untuk pembeli yang berada diluar Lembah Kelang. Mungkin anda inginkan sesuatu produk yang hanya boleh didapati Lembah Kelang sahaja dan tiada di tempat anda. Contohnya;

1) Pelajar Universiti yang perlukan buku rujukan
2) Produk ditempat anda lebih mahal dan anda tahu satu kedai di KL menjualnya dengan harga lebih murah.
3) Anda pernah datang ke KL dan ternampak suatu produk tetapi anda terlupa nak membelinya
4) Anda tinggal di Selangor dan tidak sempat untuk membeli produk yang anda inginkan
5) Anda tiada masa

Sesiapa yang berminat untuk membeli perkhidmatan ini dan ingin bertanya lebih lanjut hantar email kepada saya zam7176@gmail.com

Segala komen dan idea amat dihargai

No comments:

Post a Comment