Friday, May 15, 2009

Perkhidmatan Yang Saya Sediakan

Saya inginkan sebuah kedai online yang hanya menjual produk-produk yang diperlukan oleh pembeli sahaja. Tetapi sudah pasti saya tak akan tahu apa yang pembeli saya mahukan. Oleh itu saya rasa lebih adil jika anda sebagai pembeli menentukan produk yang anda perlukan.

Sebenarnya ia lebih kepada perkidmatan membeli dan menghantar produk yang anda perlukan. Oleh itu, tiada keuntungan yang saya ambil atas produk cuma caj perkhidmatan membeli sahaja. Yang anda perlu bayar ;
1) Harga produk
2) Kos Penghantaran
3) Caj perkhidmatan untuk membeli dan menghantar

Perkhidmatan ini amat sesuai untuk pembeli yang berada diluar Lembah Kelang. Mungkin anda inginkan sesuatu produk yang hanya boleh didapati Lembah Kelang sahaja dan tiada di tempat anda. Contohnya;

1) Pelajar Universiti yang perlukan buku rujukan
2) Produk ditempat anda lebih mahal dan anda tahu satu kedai di KL menjualnya dengan harga lebih murah.
3) Anda pernah datang ke KL dan ternampak suatu produk tetapi anda terlupa nak membelinya
4) Anda tinggal di Selangor dan tidak sempat untuk membeli produk yang anda inginkan
5) Anda tiada masa

Sesiapa yang berminat untuk membeli perkhidmatan ini dan ingin bertanya lebih lanjut hantar email kepada saya zam7176@gmail.com

Segala komen dan idea amat dihargai

Wednesday, May 13, 2009

Idea-Idea dialu-alukan

Sesiapa yang mempunyai idea, tentang product yang sepatutnya saya jual dalam kedai impian ku ini amat saya hargai. Kerjasama adalah moto kedai ini.

Untuk permulaan, apa kata, anda yang berada diluar kuala lumpur atau lebih tepat diluar lembah klang untuk membeli barang-barang tiada dijual ditempat anda tetapi anda tahu, barang-barang tersebut ada dijual di lembah klang.

Nyatakan apa product tersebut, saya akan cari dan nyatakan berapa harga? Saya cuma meletakan harga perkhidmatan saya mencari dan menghantar kepada anda. Jika dua-dua pihak bersetuju, bank in ke akaun saya dan saya akan menghantar secara pos product tersebut.

Garage ni hanya menjual product yang diperlukan sahaja, anda tetapkan saya hantarkan. Sebagai contoh, pelajar universiti yang memerlukan buku-buku, saya boleh mencari dilembah kelang dan menghantar secara pos kepada anda. Anda cuma dikenakan caj perkhidmatan yang berpatutan.

Nukilan Pertama Ku


Setiap manusia perlu ada impian. Perlu menetapkan matlamat untuk dicapai dalam menrealisasikan impian.Usaha yang gigih serta tekad yang tinggi diperlukan dalam mencapai impian tersebut.